Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Cikgu

Assalamualaikum..
Hari ni hari guru kan..
Ya Allah besar sungguh jasa dan pengorbanan guru kan..
tanpa guru siapalah kita..
kita x mungkin jadi macam sekarang..
kita x mungkin akan berjaya seperti sekarang nie..

Ya Allah,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh
aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah, mengharapkan rahmat dan
keredhaan-Mu semata-mata .
Berkat kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah kami mohon  kurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru kami , semoga kami

menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,
bangsa dan negara yang tercinta.

Amin Ya Rabbalalamin

Selamat Hari Guru kepada :
Guru yang ajar mengaji (Parents saya)
Guru tadika kemas 
Guru2 Sek Keb Pusat Juasseh
Guru2 Sek Men Keb Juasseh
Guru2 Sek Men Teknik Tuanku Jaafar
Guru2 Tuisyen
Guru2 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Guru2 kelas memandu
Guru2 yang pernah mengajar saya secara langsung dan tidak langsung
Kawan2 saya yg mengajar saya (korang juga guru)
SELURUH GURU DIDUNIA INI


TERIMA KASIH CIKGU 


Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri
Amat ku hargai
Semuaku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati..
(ehh..nih lagu iamneetha)

SELAMAT HARI CIKGU

No comments:

Post a Comment