Saturday, June 8, 2013

Cinta dan Rindu


Rindu??
Rindu itu anugerah
Kurniaan daripada tuhan
Setiap insan yang berhati nurani punya rasa rindu

Cinta dan rindu itu
Bermula daripada Adam dan Hawa
Dikisahkan Yusuf dan Zulaikha
Diabadikan Shah Jehan dan Mumtaz Shah
Diperikan pula oleh Romeo dan Juliet
Diceritakan Rama dan Sita
Dilakonkan oleh Laila Majnun
Dan kini, kita pula yang meneruskannya

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan
Cinta dan Rindu sejati
Ibarat tasbih dan benang pengikatnya
Terajud menjadi untaian
Yang akan selalu disentuh
Satu demi satu oleh insan mulia
Yang Bibirnya basah akan cinta kepada Allah






copy from Filem 99 Kali  Rindu
Arahan Azhari Zain

No comments:

Post a Comment