Friday, October 25, 2013

Pesta Konvo

Assalamualaikum,kali ni saya nak story pada yang berlaku malam tadi..
Malam tadi merupakan majlis pelancaran pesta konvo oleh Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan iaitu canselor UKM..

Saya melakukan persembahan pada hari tersebut iaitu bermain cak lempong ketika ketibaan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. walaupun saya orang negeri sembilan, ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan secara realiti. Saya berbangga dapat bermain cak lempong di hadapan beliau.. Paling saya bangga apabila lagu Kebesaran Negeri Sembilan berkumandang di UKM, saya ingatkan saya tidak akan dengar lagi lagu negeri sembilan kerana saya kini belajar di selangor,tpi saya tetap juga boleh dengarkannya dan menyanyi kan nya..

Ini gambar kami keltika latihan cak lempong dan rehearsal penuh pelancaran cak lempong.
Dan ini pula pada hari pelancaran pesta konvo UKM yang ke 41
 Tarian oleh kelab tarian




Terus terang saya katakan sangat seronok...ini pengalaman pertama saya bermain cak lempong di hadapan orang ramai kerana saya baru sahaja sebulan belajar bermain cak lempong.
Cukup sampai disini sahaja :).. Good Bye

No comments:

Post a Comment