Thursday, December 19, 2013

end of sem 1

Assalamualaikum,, akhirnya hari ni adalah hari terakhir kuliah bagi semester satu.Pejam celik pejam celik,,sekejab je dah habis semester satu, Hari ini merupakan hari terakhir yang panjang bagi saya kerana saya mula kelas pada pukul 8.00 pagi dan kelas terakhir saya pada jam 7 malam, sangat penat. Setelah pulang kebilik, saya perlu mencuci semua pakaian saya kerana esok saya akan pulang ke kampung sebelum peperiksaan. Selesai isyak saya ada meeting pulak.

Saya seronok kerana dalam meeting saya dinaikkan pangkat daripada ahli jawatankuasa kepada timbalan.. Tetapi banyak kerja yang bakal menanti saya pada semester depan. Walaupun cuti semester selama sebulan,Tetapi saya hanya cuti 2 minggu sahaja untuk melaksanakan segala hal. Aktiviti yang bakal saya jalankan adalah aktiviti besar KOLEJ KERIS MAS iaitu "TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS" yang menelan belanja sebanyak RM50000,, oleh itu semasa cuti semester,saya dan rakan rakan perlu membuat marketing untuk mencari dana. Kami perlu pergi ke syarikat2 untuk meminta dana.

Jam 10.30 malam baru saya pulang kebilik,, semester ini diakhiri dengan alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua pensyarah yang mengajar saya,,kawan kawan yang memberi tunjuk ajar kepada saya, Kawan sebilik yang sabar melayan kerenah saya.. TERIMA KASIH SEMUA.




Sunday, December 15, 2013

drama presentation

Assalamualaikum,,hari ini merupakan drama presentation bagi group saya. Group saya akan mempersembahkan sebuah drama yang bertajuk "Silly King Billy". Ia mengisahkan seorang raja yang sangat obses dengan pakaian,,dia nak pakaian yang baru setiap hari.Saya memegang watak sebagai tukang jahit yang jahat.. Saya telah mereka baju untuk raja.. Saya hanya reka baju biasa sahaja untuk raja. Tetapi saya membuat satu muslihat iaitu "hanya orang yang pandai sahaja boleh melihat baju itu,,orang bodoh hanya melihat baju biasa sahaja ". Raja yang berlagak pandai itu,,mengatakan baju itu sangat cantik,,wal hal baju itu hanya tshirt kosong. Semua orang ketawakan raja yang bodoh itu..

Persembahan dilakukan di DTAMS.. Mula pada jam 9.00 pagi sampai 2.00 petang..6 kumpulan yang bertanding ,,kami merupakan kumpulan yang kelima membuat persembahan.. Walaupun kami tidak terpilih sebagai 2 kumpulan terbaik, tetapi kami berpuas hati dengan ape yang kami lakukan.. Belajar Foundation english best!!..

 Ini pelakon2 kumpulan kami,,ade queen, model, servant, tailors,story teller dan banyak lagi watak sampingan
 saya sebagai tailor bersama model model pakaian yang saya telah reka..
Perkara yang lucu ketika model menggayakan pakaian adalah,,model terjatuh..kerana keadaan lantai yang sangat licin,,tetapi persembahan tetap diteruskan
Ini keseluruhan kelas saya bersama pensyarah iaitu Puan Azwan dan Puan Michie Farida..

TERIMA KASIH SEBAB MENGAJAR KAMI PUAN

Friday, December 13, 2013

final projek PD

Assalamualaikum,,hari ini buat pertama kalinya saya pergi ke pusat kitar semula UKM
Buat ape disana?? sebenarnya kami kena buat projek untuk subjek pembangunan diri, Kami perlu melakukan aktiviti sosial dan memerlukan responden pelajar UKM.. kami memilih untuk membuat projek kitar semula..

Mula2 kami mengutip barang barang yang boleh dikitar semula dari bilik ke bilik dan mendapatkan maklum balas daripada pelajar UKM.. contoh seperti ini..


Kemudian kami perlu menghantarnya di pusat kitar semula UKM.. seronok sangat melakukan aktiviti sosial ini, kerana banyak benda baru yang dapat diperolehi.. Terima kasih kepada semua ahli kumpulan keran memberi kerjasama yang sangat baik..THANKS A LOT FRIENDS

Saturday, December 7, 2013

Permanis UKM

ASSALAMUALAIKUM,

Hari ini saya menyertai aktiviti PERMANIS UKM di Port Dickson Negeri Sembilan.
Kami Dikehendaki berkumpul di pusanika pada jam 7.30pagi dan bertolak ke port dickson pada pukul 8.00 pagi,, Kami tiba di pantai batu 4 pada jam 9.30 pagi.
Sesampai sahaja kami disana, kami terus mengambil beg pakaian untuk menukar pakaian yang selesa, tetapi malangnya semua toilet tidak mempunyai pintu,kami terpaksa membantu orang lain untuk menutup pintu menggunakan tuala. Selepas itu,kami diberi kepada 4 kumpulan. Satu kumpulan 6 orang, Kami bermula dengan permainan sukaneka. permainan yang dijalankan ialah

  1. Cari gula gula dalam tepung,
  2. Bawa Guli dalam susu
  3. Boling Pantai menggunakan buah kelapa
  4. Bola sepak
  5. Bola beracun
selepas itu,kami makan tengahri bersama sama dan pergi menunaikan solat zuhur di surau, Selepas solat kami menyambug kembali bermain iaitu bermain baling belon berisi air, Memang basah!!. selepas itu kami bebas melakukan aktiviti seperti mandi manda,bermain banana boat,jetski dan sebagainya.


Selepas asar, kami mula membuat aktiviti membakar ayam,ikan,hot dog sotong untuk makan petang pula,,
Usai makan,,kami semua pergi ke pantai untuk melihat matahari terbenam,,tetapi sayangnya ,,tidak dapat melihat matahari terbenam kerana cuaca agak mendung


selepas maghrib kami bergerak pulang ke UKM..

Friday, December 6, 2013

scholarship

Assalamualaikum, hari ini keputusan biasiswa JPA diumumkan,setelah hampir tiga kali ditangguhkan, hari ini adalah hari mereka umumkan senarai pelajar yang berjaya mendapat JPA. Di laman sesawang JPA ada paparkan yang mereka akan umumkan pada jam 6.00 petang,,tetapi pada pkul 5.00 petang,rakan saya ada memberitahu bahawa JPA telah mengumumkannya.. Saya pun terus membuka laptop saya dan pergi laman sesawang JPA.. Dengan Bismilah,, saya membukanya..

Alhamdulillah saya berjaya mendapat JPA,. Saya dapat mengurangkan beban ayah saya kerana saya tidak memohon PTPTN..

Final projek management

Assalamualaikum, hari ini saya dan ahli kumpulan saya pergi ke seremban untuk menemu ramah seorang pengurus untuk melaksanakan tugasan subjek pengantar pengurusan. Tajuk tugasan kami ialah "Sehari Dalam Hidup Seorang Pengurus".. Ini ahli kumpulan saya yang pergi
 wani,Saya Dan Atirah
Kami bertolak dari rumah pada jam 8.30 dan sampai di Syarikat Air Negeri Sembilan(SAINS)pada jam 9.00 pagi.
kami menemu ramah pengurus agihan iaitu En Hj Razak Bin Lajis




Encik Haji Razak terlalu baik dengan kami, banyak maklumat yang telah diberikan kepada kami. Kami berasa sangat seronok dapat bekerjasama dengan Encik haji Razak.Segala soalan yang ditanya, dia dapat menjawabnya dengan baik.. Haji Razak juga seorang yang mesra denga pekerjanya, walaupun dia terpaksa mengurus 400 orang pekerja,dia tetap memberi layanan yang sangat baik kepada pekerjanya..


selepas selesai menemu ramah pengurus,kami pergi ke terminal one untuk mencari barang. Saya terpaksa membeli kasut baru kerana kasut saya putus ketika di SEREMBAN. Pada Jam 1engahrai,kami pulang ke ukm,ALHAMDULILLAH, kami tiba di ukm pada jam 2.30 petang