Thursday, December 19, 2013

end of sem 1

Assalamualaikum,, akhirnya hari ni adalah hari terakhir kuliah bagi semester satu.Pejam celik pejam celik,,sekejab je dah habis semester satu, Hari ini merupakan hari terakhir yang panjang bagi saya kerana saya mula kelas pada pukul 8.00 pagi dan kelas terakhir saya pada jam 7 malam, sangat penat. Setelah pulang kebilik, saya perlu mencuci semua pakaian saya kerana esok saya akan pulang ke kampung sebelum peperiksaan. Selesai isyak saya ada meeting pulak.

Saya seronok kerana dalam meeting saya dinaikkan pangkat daripada ahli jawatankuasa kepada timbalan.. Tetapi banyak kerja yang bakal menanti saya pada semester depan. Walaupun cuti semester selama sebulan,Tetapi saya hanya cuti 2 minggu sahaja untuk melaksanakan segala hal. Aktiviti yang bakal saya jalankan adalah aktiviti besar KOLEJ KERIS MAS iaitu "TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS" yang menelan belanja sebanyak RM50000,, oleh itu semasa cuti semester,saya dan rakan rakan perlu membuat marketing untuk mencari dana. Kami perlu pergi ke syarikat2 untuk meminta dana.

Jam 10.30 malam baru saya pulang kebilik,, semester ini diakhiri dengan alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua pensyarah yang mengajar saya,,kawan kawan yang memberi tunjuk ajar kepada saya, Kawan sebilik yang sabar melayan kerenah saya.. TERIMA KASIH SEMUA.




No comments:

Post a Comment