Saturday, December 7, 2013

Permanis UKM

ASSALAMUALAIKUM,

Hari ini saya menyertai aktiviti PERMANIS UKM di Port Dickson Negeri Sembilan.
Kami Dikehendaki berkumpul di pusanika pada jam 7.30pagi dan bertolak ke port dickson pada pukul 8.00 pagi,, Kami tiba di pantai batu 4 pada jam 9.30 pagi.
Sesampai sahaja kami disana, kami terus mengambil beg pakaian untuk menukar pakaian yang selesa, tetapi malangnya semua toilet tidak mempunyai pintu,kami terpaksa membantu orang lain untuk menutup pintu menggunakan tuala. Selepas itu,kami diberi kepada 4 kumpulan. Satu kumpulan 6 orang, Kami bermula dengan permainan sukaneka. permainan yang dijalankan ialah

  1. Cari gula gula dalam tepung,
  2. Bawa Guli dalam susu
  3. Boling Pantai menggunakan buah kelapa
  4. Bola sepak
  5. Bola beracun
selepas itu,kami makan tengahri bersama sama dan pergi menunaikan solat zuhur di surau, Selepas solat kami menyambug kembali bermain iaitu bermain baling belon berisi air, Memang basah!!. selepas itu kami bebas melakukan aktiviti seperti mandi manda,bermain banana boat,jetski dan sebagainya.


Selepas asar, kami mula membuat aktiviti membakar ayam,ikan,hot dog sotong untuk makan petang pula,,
Usai makan,,kami semua pergi ke pantai untuk melihat matahari terbenam,,tetapi sayangnya ,,tidak dapat melihat matahari terbenam kerana cuaca agak mendung


selepas maghrib kami bergerak pulang ke UKM..

No comments:

Post a Comment